Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Selasa, 6 Januari 2009

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,
"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)

Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata,
"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para
sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu
'alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk
beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau
membenci perkara tersebut." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi,
hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah
berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu
dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak
berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri
sebagai tanda hormat.
Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang)
dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan
kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam
ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka
dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu
majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara
kamu." (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, "Jika kita tidak berdiri
untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam
hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang
duduk."
Kita menjawab, "Kita menjelaskan kepada orang yang
datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati.
Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga
meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan
kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk
Neraka."
Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan
yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu
diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Salam,

"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)

Tiada ulasan: