Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Selasa, 15 September 2009

KDP14M EELTP (P)




sejak 27 julai hingga 16 september 2009
macam input yang kami terima
rugi sapa yg tidak megikuti nyer

Selasa, 28 April 2009

29 april 2009
Hari ini masuk 20 hari aku berada di terengganu kerana berpindah tempat bertugas.... walau aku berjauhan daripada keluarga aku tetap merasa gembira kerana kini aku dapat apa yang aku citakan iaitu belajar berdikari dalam membesarkan anakku yang seorang itu....
mudahan apa yag aku lalui di sini akan dapat mengajar aku erti sebuah keluarga sebenar.

Sabtu, 31 Januari 2009

PEMIMPIN KPU BERBAKTI DI BUMI SABAH

Beberapa pemimpin dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) dan Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) hadir ke Kota Kinabalu baru-baru ini bagi merealisasikan bahawa HPA akan terus berkembang dan bertapak kukuh di negeri itu.


Pengurus Besar Al-Wahida bersama sebahagian pemimpin HPA



Kelihatan PJS Anuar bersama 60 pengedar Sabah yang hadir ke kursus tersebut.

Antara mereka ialah PJS Azizan Ahmad (Presiden KPU), PJS Syed Ageel (S/Usaha KPU), PJS Zaharah Mat Zain, PJS Khalid Ishkri dan dibantu oleh dua orang PJS dari Sabah iaitu PJS Anuar dan PJS Jaborah.







PJS Khalid Ishkri dan PJS Syed Ageel sedang mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Mereka mengendalikan Kursus Kepimpinan dan Fasilitator selama sehari pada 27 Januari di HPA Cawangan Kota Kinabalu. Kursus yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11 malam dihadiri seramai hampir 60 peserta dan disempurnakan perasmiannya oleh Pengurus Besar Al-Wahida, Encik Mohd Faisol Abd Rahman.

Selasa, 6 Januari 2009

Cinta Yang Suci.....

CINTA YANG SUCI DAN SETIA .

Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling mengasihi

Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci


Alangkah indah hati perasaan nurani
Jika saling menyayangi

Allah tidak memandang wajahmu
Tapi di hati perasaan mu

Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku


Bisa tembus ke pintu syurga
Dengan Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu


Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia

Allah Memberi Kita Tahu Kalau Kita Ingin Mengetahui....

ALLAH MEMBERI KITA TAHU KALAU KITA INGIN MENGETAHUINYA .

RAHSIA DUNIA DAN RAHSIA AKHIRAT .SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGATAHUINYA.

DAN MENGAJAR KITA MENGATAHUINYA DENGAN ILMU KANANNYA 30 JUZ.AL-QURAN YANG MAHA SUCI AGONG LAGI MAHA MULIA .KALAU KITA MENGATAHUI ILMU KANANNYA .

CARA MENGATAHUINYA :

1 BANYAKAN MEMBACA AL-QURAN DAN FAHAMILAH MAKNA2NYA .

2.SOLAT 5 WAKTU JGN TINGGALKAN .

3.BERSANGKA BAIK LAH SESAMA SEMUA MANUSIA DENGAN PENUH KASIH SAYANG .

4PERBANYAKAN BERPUASA .

5.SELALU SOLAT DIMALAM HARI TAHJUD .DAN PERBANYAKAN SOLAT KEAMPUAN .SOLAT ISRAQ(PERTUJUK PKL 8 PAGI)SOLAT DUHA(REZEKI PKL 9 PAGI )

6.BANYAKAN SELAWAT KEATAS NABI KESAYANGAN KITA SAW .

7.PERBANYAKAN ISTIFAR KEPADA ALLAH YANG MAHA SEGALA MAHA LAGI AGONG SEGALA AGONG .

NESCAYA KAMU DAPAT APA YANG KAMU INGINKAN DI DALAM KEHIDUPAN KAMU .ALLAH MAHA KUASA DI ATAS SEGALA SESUATU .ALLAH HU AKBAR !

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,
"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)

Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata,
"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para
sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu
'alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk
beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau
membenci perkara tersebut." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi,
hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah
berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu
dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak
berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri
sebagai tanda hormat.
Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang)
dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan
kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam
ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka
dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu
majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara
kamu." (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, "Jika kita tidak berdiri
untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam
hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang
duduk."
Kita menjawab, "Kita menjelaskan kepada orang yang
datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati.
Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga
meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan
kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk
Neraka."
Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan
yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu
diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Salam,

"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)

10 Hadiah Yang Sering Dilupa

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.