Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Selasa, 30 Disember 2008

Mengapa Harus Ada Cinta

Kadang kala aku tak mengerti ... kenapa harus ada rasa cinta lagi wujud dalam hati aku ini... sedangkan aku sudah berjanji tidak akan jatuh cinta pada sesiapa lagi ... aku ingin sentiasa ingin membesarkan anak ku seorang diri walau tanpa seorang lelaki... jatuh cinta indah ,,,, amat-amat indah..... tapi bila terkecewa... sakitnya sakit sampai bila-bila....
Mulai saat ini kecintaanku hanya pada ALLAH SWT sahaja....

Jumaat, 19 Disember 2008

KASIH SAYANG YG SEBENAR MEMBAWA KEBAHAGIAN .BHG 1

Ingatan Allah kepada kita manusia yang masih hidup ini :

“Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi wanita-wanita dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana ingin mengambil balik sebahagian daripada apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara baik. Kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.”

(an-Nisa':19)

Beliau menegaskan, adalah penting seorang isteri mengiktiraf kuasa suaminya di rumah kerana beliau adalah ketua dalam rumah tangga dan si isteri ditugaskan untuk mentaatinya.

“Tetapi suami sepatutnya menggunakan bidang kuasanya dengan penuh hormat dan kebaikan terhadap isterinya.

“Jika berlaku pertikaian dan perbalahan, ia sepatutnya diselesaikan dengan cara baik. Bahkan, kedua-dua pihak harus mendapatkan orang tengah yang lebih tua atau ahli keluarga dan rakan yang dihormati untuk memulihkan keretakan dan meleraikan kekusutan dialami,” katanya.

Menurutnya, ayat 34 hingga 35 dari surah an-Nisa' bukan untuk membenarkan keganasan terhadap isteri, sebaliknya membimbing kita bagaimana cara menangani masalah keluarga dengan lemah lembut dan penuh bijaksana.

“Perkataan ‘pukul’ digunakan dalam ayat terbabit, tetapi tidak bermaksud penderaan fizikal,” katanya sambil menegaskan Nabi s.a.w menjelaskan “dharban ghaira mubarrih” yang bermaksud ‘pukulan perlahan yang tidak meninggalkan tanda.’

Beliau berkata, baginda juga mengingatkan, bahagian muka perlu dihindari jika mahu memukul, manakala ulama mengatakan, had kebenaran memukul isteri tidak lebih daripada sentuhan ringan dengan siwak atau berus gigi.

Secara umum, Nabi s.a.w tidak menggalakkan umatnya memukul isteri. Bahkan, baginda sendiri tidak pernah memukul wanita dan baginda menegaskan lelaki terbaik ialah mereka yang tidak memukul isteri-isterinya.

Baginda saw kesayangan kita ingatkan kita menempelak perbuatan jijik ini dengan katanya yang bermaksud: “Bagaimana seseorang daripada kamu memukul isteri seperti memukul unta dan kemudian memeluk tidur dengannya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Nabi Muhammad kesayangan kita s.a.w menghargai dan mengasihi isteri-isterinya dengan menunjukkan sifat bertimbang rasa, hormat dan sabar tanpa mengasari mereka, bahkan dalam menghadapi gelagat isteri, baginda menanganinya dengan penuh pengertian dan kemaafan.

Baginda menunjukkan model suami cemerlang, dengan watak penyabar dan ringan tulang. Baginda tidak keberatan membantu isteri melakukan kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan tidak lupa memberikan penghargaan kepada isteri yang menyediakan makanan.