Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Khamis, 27 November 2008

SUSAHNYA MENJADI ISTERI

susahnya jadi isteri..
dapat suami terlalu sayangkan kita..
kemana pergi dia nak bawa
walau kekedai nak beli asam jawa..

susahnya jadi isteri..
dapat suami suka kontrol kita..
duit dia xberapa ada..
cuma harap bini saja yang belanja..

susahnya jadi isteri.....
semua keputusan ditangannya. .
nak kemana2 kena tanya..
dengan sapa, bila dimana.. semuanya...

susahnya jadi isteri..
kadang beriya2 nak kan sesuatu..
tapi bila suami wt derk... tidak setuju....
ralat yang amat....."ah...bencinya aku"...

HUHUHUHUHUHU .....SEKADAR HIBURAN JER ....

INDAHNYA MENJADI ISTERI

Indahnya jadi isteri
Dapat suami sayangkan kita
Kemana pergi dia usaha bawa
Waima kekedai nak beli asam jawa

Indahnya jadi isteri

Dapat suami tak lupakan kita

Walaupun duit dia x seberapa ada

kita isteri perlu bijak berbelanja

Indahnya jadi isteri

semua keperluan bincang bersama

Nak kemana tentu ditanya

Dengan siapa, bila, di mana, semua

Indahnya jadi isteri

Kadang-kadang beriya, nakkan sesuatu

Bila suami buat derk....tidak setuju

Jgn gusar, gunalah ilmu.. memujuk rayu

Isnin, 24 November 2008

Ayat-ayat CINTA

CINTA-Sentiasa berhikmah dan berdiplomasi,
Berikan penghargaan ataupun pujian sebelum
menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati
pasangan dengan sengaja.
CINTA-Sentiasa bertanggung jawab. Cuba buat
senarai semak mengenai apa yang perlu kita
lakukan bagi memupuk kasih sayang dan me-
motivasikan pasangan.
CINTA-Sentiasa bahagia. Programkan hati dan
minda sentiasa bahagia walaupun masih banyak
masalah yang belum selesai ataupun belum
diatasi.
CINTA-Tidak memaksa pasangan mengalah demi
mendamaikan keadaan. Bila pasangan terpaksa
mengalah, hati akan terguris dan hubungan ter-
ancam pada jangka panjang.
Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir
hayat dan bersambung di alam akhirat.